Friday 7 December 2012

1Malaysia, Benarkah Kita Mampu Wahai Orang Melayu



Ok.. Aku mungkin bertanding PRU akan datang...
Undilah saya! (sebagai calon takkan aku nak ber"aku" kot)
Saya akan pastikan janji saya ditepati.. heh..




Standard lah kan.. janji..
Bak kata orang janji Melayu..
Sedih kan...
Janji Melayu itu dah jadi istilah mahsyur...
Janji yang tidak pernah tepat pada masanya..
Sehingggakan terpaksabuat temujanji seawal 6 pagi untuk memastikan meeting 8 pagi terlaksana..
Itu pun belum tentu jam 8  mula..
Janji Melayu kannnnn...
Anda bangga sebagai Melayu?.
Dandan ramai mengaku Jawa..

Dulu boifren aku Jawa, sekarang India..
1Malaysia, aku memang mampu...
(para ini saja buat kamu tertanya2 tentang aku)

Berbalik kepada isu...
Kalau berniaga pun, istilahnya..
Biasalah orang Melayu, menjatuhkan sesama sendiri...
Kalau merempit.. Melayu lah tu..
Budak-budak dadah, hisap gam sana sini..
Pun Melayu...
Banyak benda lain ko boleh  hisap bang...


Dan aku...
Aku tetap Melayu...
Percayalah.. aku Melayu... ;p


Thursday 6 December 2012

Bye Bye Kamu!



Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur sangat-sangat..
Hari yang riang..
Hati tenang..
Yer lah kan...
Esok kan Jumaat...
Oh boifren, baliklah...


Jom cerita tentang cerita lalu..
Aku terpanggil..
Meluah rasa dari hati seorang wanita sejati..
Mak tulen nyah..
Benar.. aku tulen..
Terbaik dari ladang...

Sebagai wanita kamu patut ada rasa malu..
Sebagai wanita kamu patut ada rasa harga diri..
Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kamu..
Untuk hidup kamu..
Kerana itu akan menjadi "nama" kamu sampai bila-bila..

Jangan sesekali kamu menyalahkan orang lain..
Atas kehancuran hidup kamu..
Kerana kamu punya akal dan  perasaan..
Tapi silapnya kamu memilih bertindak atas perasaan..
Bukan waras fikiran..
Maka hancurlah kamu..
Dek kata-kata kamu sendiri..
Yang bermotif menghina, menghancurkan dan mengancam orang lain..
Yang nyata tiada kaitan langsung dengan kamu..

Berimankah kamu..?
Andai mendoakan musibah pada orang lain..
Atas kemusnahan hidup kamu..
Sedarkah kamu wahai manusia..
Hidup kamu musnah kerana diri kamu...
Kerana kamu yang tidak menjaga diri kamu..
Kerana kamu tidak menjaga iman kamu...
Dek kecewa kamu itu...
Sehingga sanggup berusaha menghancurkan hidup orang lain..
Menjadikan aku hilang rasa hormat..
Pada kamu...

Dan terima kasih...
Kerana usahamu itu..
Menjadikan aku semakin menikmati rasa bahagia...
Bahagia dimiliki...
Bahagia dihargai..

Dan hari ini... sungguh tenang...
Pergilah kamu.. dengan angkuhmu...
Dengan hatimu yang penuh hasad..
Dengan ragamu yang membulat... HAHAHA ( gelak ala2 Si Senget.. aku cipta gelak kamu Nget)
Sudah cukup sudah.. Pergilah..
Taaaaaa~~~




Wednesday 5 December 2012

Durian Ditebuk Berkali-kali.. Salah Tupaikah?



Buah sudah ditebuk tupai... Pepatahnya..



Wahhhh Bang Tupai! Hebat ko bang... buah durian kotttt....

Salah siapakah?

Salah buah?
Salah tupai?
Salah pokok?
atau salah ibu bapa tupai..?
Dan buah, jangan menuding pada si tupai..
Kerana itu adalah fitrah tupai..
Tebuklah.. tebuklah..
Tupai tidak rugi apapun...



Yang pastinya teh tidak bersalah dalam ini filem...
Waima teh ini teh matang...
Well, Season Tea sedap juga bang..
Teh yang bukan terus dari ladang...
Tetapi teh tidak pernah ditebuk tupai..
Teh ini dinikmati pada masa yang sesuai..



Apa ko merepek ni Tea!

Tuesday 4 December 2012

Malam Lusa...


Semalam aku memaafkan..
Hari ini ada tawaran bercuti..
Sehabis tugasnya nanti..
Januari mungkin...

Well... cuti di Bulan Disember..
Aku rasa bagilah peluang pada mereka yang ada anak2 sekolah, bercuti..
Kita ambiklah di bulan-bulan yang unik..
Januari..

Since aku diberi pilihan...
Dan akupun bukannya memilih sangat pun..
Di mana jua jadi indah..
Asalkan ada aku dan ada kamu..

What if....



Phi Phi Island, would u like to have a cup of tea?

Monday 3 December 2012

I'm Sorry, Goodbye!




People say easy to forgiv but hard to forget..
Thats life..

Maka aku memilih untuk memaafkan..
Tanpa perlu fikir tentang melupakan..
Sudah ketentuan hidup aku begini, aku redha..

Malah memaafkan itu membuahkan rasa dihargai...
Rasa disayangi..
Rasa ditatang..
Rasa best! Ko Hade..?

Mungkin benar aku mudah memaafkan..
Waima sebesar mana sekalipun salahnya..
Tetap... Aku maafkan kamu sayangku..
Entah, mungkin sebab inilah hidup aku agak thrill..
Laluan penuh onak duri..
Pelbagai tohmah dan caci..
Namun ia menjadikan aku seperti AKU..

Apa yang ada pada aku? tanya aku pada si aku...
Nyatanya.. Aku tersenyum lebar..
Menyedari apa adanya aku...
Mari kalian, senyum bersama aku :D



Untuk teh yang terpilih, wangi dan nikmat itu bukan mudah sahabatku..
Dari baka yang betul
Pucuk yang segar
Bukan terus menjadi aku... Tidak wahai teman..
Aku perlu digauli dalam kehangatan yang tertinggi.. Herrr
Sehingga rata keringku...
Terhasillah aku the RED TEA..ceh sot jer
Para last ini hanya sekadar penutup pada cerita AKU..

Friday 30 November 2012

Terluka Atau Mungkin Dilukai





(Lagu Ini Adalah Best)
Suratan menentukan insaniiiiiiiii....



Begitulah kan kita manusia...
eh bukan.. kamu manusia..
Aku hanya teh yang menghuraikan cerita kamu..

Kala kamu sedar tentang suatu kebenaran..
Menjadikan kamu benar2 terluka..
Apa agaknya tindakbalas kamu pada kelukaan itu....?
Zaman sekarang terus post lagu kat fb atau blog.. err bukan aku
Atau upload gambar mata yang ada air menitis2..
Gambar hati retak darah mencurah2 dari hati itu...
Laman sosial dominan tempat meluah rasa..
Terkadang ada peminat rahsia akan cuba masuk daun..
heheh.. Masuklah bang..


Berhati2lah kamu..
Andai dari mulut singa, janganlah masuk mulut harimau..
Kerana khuatir Harimau Malaya  akan kalah..
Sampai sanggup berbogel kat Pavi andai menang.. nah amik ko dik..
Kalau nak bertaruh pun, biar yang praktikal tahuuu..
hmm ini bukan cerita dia yag berbogel..
Cerita kamu yang terluka.. atau dilukai...

Bezakah terluka dan dilukai..?
Terluka: tak sengaja.. mungkin melakukan sesuatu tanpa sedar menyebabkan kamu terluka..
Dilukai: very der sengaja.. kau bunuh hatiku!




Thursday 29 November 2012

Cerita Hantu

Malam ini Malam Jumaat
Sinonim denga cerita hantu dan rasa sedap...
Pasti kamu suka...
Nak tahu sangat2 kalau orang pengalaman dikacau hantu..
Ditegur..
Dirasuk..

Bak kalau lelaki mengusha aku itu best lah kan..
Boleh feeling2 sampai malam..
Kalau hantu? eeiiiirrrrrr

Kenapa kalau pontianak jer dibayangkan perempuan berambut panjang sampai kaki..?
Pakai baju putih...
Itu satu yang aku tak dapat nak carik sync daripada mereka meninggal tu..
Katanya perempuan yang mati bersalin..
Tetapi lepas mati masih ada pertumbuhan sel2 rerambut ke..?
Mana mereka dapat baju mcm jubah panjang tu..
Ke alter daripada kain kapan.. uish!
Benar2 aku fikir..
err perlu ker aku fikir..?
(aku tak perlu penerangan 'live' daripada kalian wahai makhluk2 Allah... wuwuwu aku tinggal sorang kotttt)

Kalau pocong yes aku percaya sebab memang masa orang mati kan diikat begitu..
Kalau toyol juga aku percaya kerana mereka gunakan budak atau bayi dan dipuja..


Alkisah.... dulu masa aku remaja..
eh sekarang kot..
aku masih nak rasa remaja ..
Ok tukarlah.. dalam minggu lepas mcm tu lah kot cerita ni..
So petang tu dalam jam 5 aku lepas solat..
Bertelekung..
Then adik lelaki aku tidur kat ruang tamu..
Aku kejutkan dia dengan telekung2 tu sekali masih terpakai..
Tapi aku cuma berdiri je kat ujung kaki dia..
Sebab trend aku..
Kalau kejutkan org bangun tidur..
Gerakkan ibu jari kaki kanan..
Untuk elakkan dia terkejut..
Kan tidur tu separa mati..
Aku tamolah adik aku terus mati..
Aku sangat sayang kot adik aku..


Ok aku dengan selambanya berdiri kat hujung kaki dia..
Dan gerakkan ibu jari kaki dia..
Memang terbangun..
(cuba ikut cara mcm ni  kalau tak bangun juga, guna playar kepitkan ibu jari tu)
tapi kali ni dia terbangun dengan menjerit...
"Arrrrrggghhhh hantu!" pucat muka dia

ceh~ terkejut aku..
"Aku lepas solat kot bang.. aku beriman"
Aku panggil dia abang walaupun dia adik..
Biasalah aku kan.. selamanya nak rasa muda..



"Kaler muka tuuu lebih kurang jer dengan telekung.. huh!!"
dia bebel terus bangun gi wuduk solat..
Dandan muka aku disalahkan...
Nextime aku solat pakai lipstik..




eh, maner cerita hantunya TEA..?

Burukkah Penyapu Itu...?


Penyapu Burukku..
Berteman debu..
Yang sering bertamu...
Di pelosok penjuru...

Kamu Penyapu Burukku..
Aku sering perhati kamu..
Menari tanpa lelah..
segenap ruang jadi indah
Buruk itu hanya istilah..
Nyata kamu lebih dari yang fitrah..

Penyapu Burukku...
Aku tahu dalam diammu..
Kamu berkerja keras tanpa jemu..
Rutinmu menyapu-nyapu..
Menghalau cicak dan lipas..
Memukul perompak yg rilek2 aje mengambil teh di rumah.. ( tetappp enterprem)


Dan aku juga tahu kerja sulitmu..
Membawa Nenek Kebayan melancong terbang ke sana ke mari...
Dan sebenarnya ... Aku cemburu padamu..
Begitu sumbanganmu waima buruk namamu..
Benar.. aku cemburu...

Apakah mungkin ada... Teh Buruk?tetttt.. takde~~



Watak Utama : Si Penyapu Buruk... Jom, pekena Teh..

Wednesday 28 November 2012

Apa Alasannya?

Tadaaaaa.. Tea datang lagi..
Hampir setengah tahun aku cuti blog..
Entah kenapa..
Mungkin sesuatu perlakuan itu tidak perlu ada alasannya..

Eh tak mungkin.. Setiap apa yg kita lakukan itu pasti ada sebab..
Makan sebab lapar atau teringin nak rasa..
Minum pun sama, mak haus nyahh..
Tidur sebab mengantuk atau ter'ingin' tidur... hmmm part ini aku suka
(Minumlah tea, kamu takkan mengantuk.. Jangan minum KOPI)


Waima yg tidak waras pun melakukan sesuatu ada sebabnya sendiri..
Percayalah.. aku masih waras..
Kenapa aku sekian lama tidak berblogging?
Alam nyata aku singkat waktu....
Aku tidak sempat berangan sebagai teh untuk berkongsi cerita dengan kalian..
Well, whu kerss...

Aku ingat lagi si Senget, Cik Muda entah2 dah jadi Puan Muda, Telor Power pasti dah menetas..
Dan semua2 yang menjenguk laman sunyi ini..
Terima kasih..


Mungkin tika ini aku sunyi..
Dan perlukan semula platform ini..
Kesunyian yang memberikan sedikit ruang di hati..
Untuk kamu.. kamu dan kamu.. yang merindui aku..
Ceh, melihat di cermin kaca seketika aku terperasan wajahku yang sebenar bagaikan Emma Maembong..
eh, akukan Teh...  Teh juga ada keinginan menjadi yang lain..



Entry Sebenar:

Tipu andai aku kata aku tak pernah menipu..
Tapi aku marah andai aku tahu aku ditipu...
Teh Tertipu bang.. Teh Tertipu!

Tipu untuk menjaga hati insan yang kita sayang?
Atau berkata benar untuk berlaku jujur padanya..?

Apakah yang anda pilih wahai teman...?


Tika ini aku celaru.... celaru.... buntu...



Hidup Tidak Selamanya Indah



Namun mati itu pasti!




Lama menyepi..
Aku ambil masa..
Untuk diri aku..

Sesingkatnya Ramadhan..
Seheningnya Syawal..
Seindah korban..
Sepintas Muharam...
Aku titipkan amalanku tanpa gangguan..


Pasti ada di antara kamu seperti aku..
Ada ketikanya perlu ruang waktu..
Untuk mengisi yang lebih perlu..
Seperti aku.. aku.. dan aku...

Maka menyepilah aku secawan teh..
Dari diari teh yang menawah.. ceh
Menawan meh?







Monday 28 May 2012

Aku Tea?




Aku ni dah nak jadi kopi agaknya..
Entah kenapa macam tak sanggup masuk ke page Tea..
Eh, aku bahasakan diri aku dengan kata nama ketiga..
Wahai aku, waraslah..
Actually aku dah lama tak menulis, maka terlupa trademark penulisan aku...
Sedangkan lidah lagi tergigit kan..? (pandai2lah kamu kaitkan)


Seolah2 terbangun daripada lena yang panjang ...
2 bulan...
Namun amat terharu akan kalian yang bertenggek juga di sini..
Cik Muda, Yumida, Tn Nasrom..(aku tak letak link sbb mereka low profile..heh)


Sayang-sayangku, aku benar2 mengalami transformasi hidup..
Syukurlah dalam banyak2 faktor kehidupan ku..
Aku memilih untuk mengekalkan Blog Tea..
Demi keamanan sejagat.
Demi kalian tidak berspekulasi.. (Dandan Yumida kate aku kawen..)


Kejap lagi aku pandu lalu rumah kalian...
Lama sungguh tidak ke sana...
Apa khabarkah kalian...?
Moga kalian masih kenal aku..
Dan moga aku kenal diri aku...


Akankah aku bertukar menjadi kopi..?
Yang selama ini menjadi seteru abadi?
Aku nak cari header sesuai...
"Bila BlacKopi Bicara..." -BBB nama glemer
"BlacKopi... Rahsia Malam" -BRM (mcm BR1M.. Nan hado!)
"BlacKopi, Ko Ade?"

But seriously... Jangan mudah berubah..




Morale Of The Entry:

Benci boleh jadi Suka...
Siapa pernah terkawen dengan orang yang dibenci..?
Eh aku tak.. Taklah.. Takkk~~
Ade pulak TERkawen...
Boleh malam pertama..
aku: eh abang, mcmana kita boleh terkawen..?
suami: eh salah ke..? ok tak jadilah.. esok kita undo..

(apehal tunggu esok bang?)



Thursday 16 February 2012

Kapten Kapal Terbang Meninggal Dunia Dalam Penerbangan

Minggu depan balik Kuching aku nak naik speed boat...





Aku nak tanya kawan2 perempuan...
Pasangan kamu romantik tak..?
Ade tak tiba2 bagi kamu coklat..?
Bagi kamu sejambak bunga..?
Waima sekuntum pun...?

Jujur juga aku nak tanya ...
Ada tak keinginan kamu untuk merasa itu...?
Bagi yg jujur pasti menyatakan ya...
Ada yang cover sikit berkata yang penting dia memimpin hidupku..
Dia mengimamkan solatku...
Dia penyuntik nadi imanku..
Alhamdulillah...
Orang kata ayat bajet2 beriman..
Eh aku memang beriman ape...
Beriman Pada Allah, Nabi, Malaikat, Kitab Hari iamat dan Qada Qadar..
Maaf kiranya di sini aku selalu puji diri... umpamanya;
Aku kan baik..
Aku kan solehah..
Aku kan beriman...
Kata2 itu doa..
Dalam pada aku merapu.. ada juga aku mendoakan diri aku...

Iklan kejap..
Kenapa kalau orang yang status atau komen2 yang berunsurkan Islamik,
Kadang2 kita rasa meluat..?
Sakit hati...?
"eh kamu ingat aku tak tahu agama kerrr??..
Sebelum nak nasihat orang cermin diri dulu.."
Begitulah..Takkan dapat menerima teguran..
Siapa yang salah...?
Ingatlah... syaitan kata yang salah itu betul..
yang haram itu sedap..
yang mungkar itu nikmat..

Berpesan-pesanlah pada kebenaran...
Cuma mungkin infra atau cara berpesan itu membuatkan hati insaniah tersentuh..
Contohnya di laman sosial...
Dah namanya sosial kan..
Ramai yang ada...
Waima seorang dua itu sudah dikira menyampaikan...
Andai terpandang gambar yang tidak sesuai atau mendedahkan..
Tegur biarlah inbox... melalui mesej...
Jangan di ruangan komen...
Aib kawan itu jagalah...
InsyaAllah betul caranya..
Andai teguran itu diterima syukur..
Andai diabaikan juga syukur sekurang2nya kita telahpun menjalankan amanah sebagai khalifah Allah..


hmmm... rasa tak sesuai jer aku nak sambung topik romantik2...
Esok lah..
Malam ni kan Malam Jumaat..


ANDAI PASANGAN AKU PERSIS INI.....  OHHHH



Taa~~

Wednesday 15 February 2012

Dihukum Gantung Sampai Mati

Errr ade ke hukum gantung tak mati..?
Separa mati..?
Atau gantung sekadar nak bagi pengajaran bagi dia rasa tercekik kejap..?






Aku rasa aku nak menyampuk sikit cerita si Delarocha..
Tentang racist...
SubhanAllah keadaan sekarang ni amat menakutkan..


Isu KFC.. Berpanjangan di laman sosial semakin mengapi2kan kemarahan puak..
Isu JKMM ucap Thaipusam kepada rakyat yang beragama Budha haritu juga aku nampak diracistkan...
Dan macam2 lagi isu...


Sehingga aku memutuskan..
Untuk berhijrah balik kampung...
Sarawak tanah airku...
KL ni dah macam ape dah aku tengok..
Aku ramai kawan Cina..
Dalam kelas aku masa Ting 4 dan 5 dulu, 2 orang jer Melayu..
The rest 30+ orang Cina..
Kalau Raya memang dorang serbu rumah aku..
Sampai licin lauk rendang ketupat..
Tapi aku suka..
Rumah aku kecik sgt kot dulu.
Yerlah bapak kan polis..
So standard berek polis tu sgt berek lah...
Tapi dorang tak kisah pun datang berbelas2 sampai duduk kat luar..
Yang penting meraikan bersama..


Masa Tahun Baru Cina dorang ajak datang rumah siap fetch aku dari rumah..
Yer sebab dorang tau aku takde kete bagai..
Nak jalan kaki aku takut anjing2 kat kawasan perumahan dorang..
Aku pergi ikut dorang..
Anjing dorang pun turut mengegukkk2 mempelawa aku masuk..
Aku makan bisekut raya dorang..
Minum air berkarbonat..
Ade buah limau..
Aku dapat ang pow..
Dorang tak masak khinzir semua tu..
Sekarang lagilah.. kalau CNY, mostly akan panggil caterer Melayu..
Dan jemput semua datang kat rumah..
Lauknya sama persis macam Raya..
Cuma adalah tambahan beehoon ker..
Yeesang ker...
Dan lauk2 special yang memang caterer juga sediakan..


Bukan nak memburukkan Melayu..
Aku Melayu sejati kot..
Walaupun ade nyonya bercakap bahasa cina dengan aku..
Masih aku bangga cakap..
Aunty aaa saya Melayu..
Masih lagi Aunty tu cakap Cina dengan aku..
Rupanya dia tak faham ckp Melayu..
So body language jadi penyelamat..
Aku pernah sekelas dengan ramai Melayu/ Bumiputera..
Masa aku Tingkatan 3....
Langsung tak ada semangat untuk belajar..
Tahu2 enjoy, cerita ttg boifren gerfren..
Tentang beli barang itu ini..
Last2 aku terpengaruh juga..
Nak belajar? Takde..
Aku dapat no 15 jer di antara 35 student..


Beza sangat masa tingkatan 4 dan 5..
Sekelas Cina..
Seronok belajar masa tu..
Dorang tak tahu aku ajar..
Aku tak faham dorang ajar..
Top 5 student memang territory aku masa itu..
Persaingan yang sihat..
Mereka hormat aku..
Dan aku juga sgt hormat pada mereka..
Sebenarnya itu jer asas perhubungan kaum..
Saling menghormati...
But it seems to be fade away~~~~~



Bila dah penghujung SPM..
Aku join dorang berbincang ttg perancangan selepas SPM...
Aku jadi sedih sebab mereka mostly nak berhijrah..
Sekarang tingal dua tiga jer yg chat ngan aku..
Ada kat kanada, Texas, Taiwan, Korea..
Semuanya lost contact...


Pernah juga aku ade crush kat mamat Cina ni..
Nama si ensem tu Sze Guo L***
ouh emsem beliau..
Tapi aku fikir juga yg dia tu terkatup (kata sopan bagi yg maksud sinonim bunyinya)..
Ceh walhal mase crush tu baru Tingkatan 1 kot ko tuh Tea..huahua
Aku terlanjur awal naik dara..
Errr yer ker reasonnye pasal terkatup aku give up mase tu..?
Takkan 13 tahun aku dah mengerti semua tu..?
Suci kot... Very der suci...
Ahhhh abaikanlah..
Bukan subject matter di sini..
(para ini tak perlu nak komen sangat yer.. Aku kecik lagi mase tu)

Kawan2 Cina aku ni kuat semangat..
Kerana dari kecil diajar tentang hak-hak istimewa Bumiputera yang mereka tak dapat..
Dan mereka tidak mempertikaikannya..
Itu kawan aku laaa.. Mereka baik..
Dan mereka berusaha untuk jadi yg terbaik andai mahu meneruskan pengajian di sini..
kebanyakkan berkerja dalam belajar..
Nak menyimpan duit...
Agar dapat berhijrah ke luar negara lepas tamatnya SPM..
Itulah kawan2 Cina aku di Sarawak...
Rindu pada mereka :'(
Minggu depan kot aku nak geder2 dengan dorang yang ade kat KL..
Last gathering pun 3 tahun lepas kat MidValley..




Dan kini.. Entahlah..
Aku sedih dengan Malaysia...
(menangis2 teresak2 di bucu katil)





Pujuklah aku... pujuklah...

Monday 13 February 2012

Rasuah: Bekas Pengarah JPAM Kekal Dipenjarakan

When there are no shoulders for me to cry on...
I cry on my knee..




Eeiiihhh... macam hantu la pulak ko nehhh....










Friday 3 February 2012

100 Pesakit Mati, Pakistan Tutup Kilang Ubat

Oleh itu, jangan makan ubat...







Dingin Subuh...
Sedingin hati yang merajuk tiada tara..
Masih aku cuba untuk mencelikkan mata...
Aku cuba untuk memarahi mataku..
Namun mulut seakan terkatup..
Mulut aku pun masih tidur...

Begitulah rutin hari...
Hari berkerja liat mataku....
Hari cuti seawal 5 pagi mata aku celikkkkk....
Arrggghhhhhhh..
Aku rasa bukan aku sorang kot..
Sebab kamu kamu kamu geng aku..
Pasti ada fitrah yang sama...
Tapi kenapaaa?

Itupun kamu mengeluh kan Tea..?
Cuba kamu bayangkan suri rumah...
Bila masa kerjanya?
Bila masa cutinya..?
Dek ibu2 yang berkerja juga.. cuba kamu bayangkan..
Kena siapkan anak2.. siapkan sarapan...
Kerja dari pagi sampai pagi...

Zaman sekarang menjadi ibu itu adalah satu cabaran..
Itupun ramai suami yang main kayu...
Bukan setakat 3.. 4.. 5... 6 pun ade..
Gaji isteri untuk keluarga..
Gaji suami entah ke mana..
Ehhhh tiba2 aku jagi sexist...
Yaa aku ade sexy juga....


Untuk para isteri.... Halalkanlah duit kamu...
Ikhlaskanlah usaha kamu...
Kerana banyak tugas suami yang kamu telah laksanakan tika ini...
Di akhirat nanti Allah akan tanya pada suami kamu...
Moga kalian bersama hingga ke akhirat nanti sebagai suami isteri...


Sekian, kuliah Jumaat...


Ustazah Tea
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Malam tadi kamu beraksi gaya apa...?" - status rakan fesbuk yg aku tak faham...

Tuesday 31 January 2012

Aziz Bari Digugur Gelaran Professor

Professor Tea turut bersimpati padanya...









Aku setia...
Percayalah....
(Jangan mudah percaya dengan perkataan ini... Percayalah....)


Tentang aku..
Haruslah yang baik2...
Kamu juga kan...
Pasti akan menunjukkan yang baik2 tentang diri...
Itulah keajaibannya alaf ini....
Boleh jatuh cinta waima tidak kenal rupa...


Aku secangkir teh pun ade yang boleh jatuh cinta...
Dek ayat2 aku di blog yang aku bajet bestlah juga...
Waklu teh...
Sebenarnya aku cuma nak tahu...
Waklu itu apekah..?

Aku selalu dikomen begitu...
WAKLUUUUU...
Aku jawab WAKGUAAAAA...
Betul ker jawapan aku..?
Ker itu bukan soalan yang perlu dijawab...?
Aku terkesima... kerana aku tidak sukakan sesuatu yang kabur..
Kabur bang.. kabur..
Aku angol tahu...

(Angol = cantik dan agak jelita juga)

WAKLU = waktu dulu....? (adakah mengimbau kenangan lalu?)
WAKLU = Pakcik lu (lu punya pakcik apa bikin dalam ini filem bang?)
WAKLU = awak kelu ( kenapa gua terkelu..?ok fine ko ensem bang)
WAKLU = Awak Bilu / biru *manje kot* (Aku ditanya tentang minatku tentang filem biru..? )
WAKLU = buat dulu.. (ore Ganu suh wak lu bohhh.. berehhhh)

WAKLU = LAWAK LU? sebab tu aku jawab Lawak Gua...




Kekadang aku rasa...
Aku tidak mengerti apa...
Tak jadilah aku jadi Professor...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 27 January 2012

Bayi mati: JKM kunci pusat asuhan haram di Taman Permata

Bayi itu tidak bersalah... kasihan.. AlFatihah










Aku suka tengok cete hantu....
Entah mengapa bagi aku cete hantu mampu menimbulkan suasana romantika..
Yang penuh bermakna...
Maka aku memaksa boifren aku menonton...
Heh... Dia berkali2 menjerit terkejut..
Aku terkejut dek jeritan dia..
So aku gosok2lah dia..
Meredakan ketakutannya..
Gosok belakangnye..
Minum air bang.. minum dulu.. minum..
Romantikkannnn? 

Then balik tu dia diam..
Aku borak gelak2..
Dia diam..
Then aku bagi salam..
Assalamualaikum kum kum...
Waklu Tea..haha memang la dia jeling marah aku...
Aku sajer je nak refresh balik cete kum kum tu..
Takde lah seram sgt pun...
Slow jer jalan cetenye..


Aku suggest kamu tengok vcd WUJUD...
Aku haritu dapat tengok siri yang ke enam..
Produksi Singapura rasanya...
Ala2 seekers gitu ceritanya..
Ada volunteer yg nak tengok atau merasai kewujudan hantu..
Itu baru maha seram bagi aku...
Sebab ia sangat real...


Tapi apa2pun kan..
Makhluk2 begini wujud...
Janganlah geng mereka...
Paling parah jangan bersekutu dengan mereka...
Khurafat tahu....
Allah tidak suka..


"Sebaik2 kejadian adalah manusia"
Bersyukurlah kalian manusia...
Macam aku ni teh...
Ade lagi kawan aku si telor.. tapi dia power takpe.. (aku taknak tag, nanti kene saman)



Taa~

Thursday 26 January 2012

Banduan Kyrgystan Mogok lapar, Jahit Mulut

Hmmm satu petua diet yang baik tuh! Kalian cubalah~






Berjalanku seorang diri di pesisir pantai berkerikil..
Satu demi satu kerikil aku kutip...
Langkah demi langkah nan longlai melawan arus memecah pantai....
Ku mencari tepian berpasir...
Merenung sampai jenuh...
Laut sinonimnya harus pasir...
Bukan batu...
Bukan..

Di bias sirna petang...
Terpancar kilauan di sebalik bebatu nan basah...
Aku meluru di situ..
Cantik... Batunya bulat seakan berkilau keemasan...
Seakan berbintang di dalamnya...
Degup deras jantungku...
Apakah itu...?
Akan kayakah aku..?
Ku ambil.. Tidak tergenggam penuh tanganku...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







oh Dragon Ball...!!  Ada TUJUH biji semuanya..

Sekian mukaddimah...
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~











Aku teringat zaman kecik2 dulu..
Pantang pagi Ahad jer aku ngadap TV..
Tengok cete Dragon ball ni..
Memang kelakar leee sesangat...
Sebab entahlah cete kartun dari Jepun ni..
Sense of humor very high..
Shin Chan contohnye haha!



Masa tu aku peminat komik tegar juga..
Membelinya tak..
Aku tukang baca jer..
Sampai gaduh ngan bestfren..
Ape tidaknya dia tukang beli..
Sampai2 dorm jer aku kate..
"Eh meh aku tolong bacakan dan explain kat ko yer kawan"
Aku kan kawan sejati... heh

Bestfren aku tu ada banyak kot komik dia suka beli..
Doraemon, Chibi Maruko..
Yang penting ia kelakorrrrr..
Sangatlaaa haihhhh...
Antara komik2 yang aku suka tengok masa kecik dulu..

Itulah...
Yang mampu membuatkan aku senyum...
Yang mampu membuatkan aku ketawa...
Dan kini aku rindu...
Rindu senyum dan tawa itu...

Friday 20 January 2012

Bersih 3.0, SPR Persoal Niat Penganjur

Pemberitahuan: Tajuk untuk setiap entry Red Tea adalah dari UTUSAN hari ini.. Memang tiada kaitan dengan isi..



Wahaii pembaca yang disayangi...
Sebelum memulakan bicara..
Ingin sekali aku menerangkan maksud entry sebelum ini...

Sesungguhnya ia amat jelas tanpa yang tersirat...
Back pain...
Sukar untuk aku bergerak..
Nak bangun susah..
Nak menoleh kanan kiri pun susah...
Kalau ade yg di sebelahku..
Boleh juga tolong bangunkan aku...
BERSATU KITA MEMANG TEGUH!

Hehehehe kalian.. Kaliannnnn...
Sangat straigt forward kot nukilan aku... Lebiulah!

Sekian penerangan~




Entry sebenar



Seharian aku mendengar di youtube...
Mengenai bunyi yg aneh didengari..
Pada minggu ke 2 2012...
Bunyi seakan dengungan yang kuat...
Terdetik di hati...
Itukah dajjal..?
Benarkah dek kata Tasik Galilee yang semakin mengering?
Akan turun Nabi Isa menentang Dajjal yang menyesatkan ummat dalam tak sampai 50 tahun lagi...?

Perkongsian ilmu untuk semua...


WAJIB KLIK DI SINI


Ada juga beberapa siri yang aku baca...
Dajjal akan mengajak ummat mempercai bahawa dirinya Tuhan..
Boleh menghidupkan semua org2 yg kamu sayang..
Agar kamu mempercayainya...
Andai mengikutnya kamu terselamat di laut yg sejuk...
Andai menolak kamu terpaksa mengharungi lautan api...
Begitu perumpamaan.. Wallahualam
Hadis yg ditakrifkan oleh beberapa alim ulama..
Yang penting ia mencapai satu kata..
Bersedialah...
Zaman anak2 kita nanti..
Kitalah yang harus menunjuk arah..


Aku bukan yg arif...
Tapi aku ade solehah juga.. Sikit.. Syukurlah..
Namun, andai ia mampu menimbulkan keinsafan..
menimbulkan ketakutan...
Aku ingin mengajak kamu bersama..
Kerana aku sayang kamu...



Aku ade baik juga kan..?
(sila angguk waima terpaksa)

Thursday 19 January 2012

Pas Hilang Portfolio Hal Ehwal Agama

"Jangan Lupa buat Laporan Kehilangan yer Pas"






Aku diduga waktu..
Sendirian di kamar ini menjadikan aku kelu..
Aku statik..
Aku seakan pegun...
Memandang ke arah 152darjah tercapai di mata...


Cuba melonggar saraf tubuh...
Nan hanya ditutupi selimut putih...
Aku cuba..
Cuba lagi..
Untuk merangsang aku...


Seketika aku menoleh..
Mengharap kamu di sisi...
Ya.. Kamu...
Yang sering ada..
Yang terpaksa ada, mungkin...
Tiada... Tiada di sisi untuk ku gapai..
Untuk ku rengek mengejangi kamu...
Demi suatu rasa..
BERSATU KITA TEGUH!


Benar.. Kejutkanlah aku..
Jika ini sekadar mimpiku..

Tuesday 17 January 2012

Gunners Tumbang Mengejut Di Swansea

Pinjam ayah RM25, pinjam ibu RM25 total RM50
Beli baju RM45 baki RM5
Ambik RM1 bayar ayah, Ambik RM1 bayar ibu baki RM3
Hutang ayah jadi RM24, hutang ibu jadi RM24
RM24 + RM24 = RM48 + baki RM3 = RM51.
Dari mana datang RM1?

SELAMAT BERFIKIR!


Ok dah fikir!



Aku sebenarnya banyak kali dah jumpa bende alah ni...
Dan aku tak tahu kalau peranan motivasi ke ape di sini...

Sebenarnya ikut logik cukup kot...


25+25 = 45+5

So bila dibayar RM1 kepada kedua2nya daripada balance RM5,
Sepatutnya RM3 tu remain pada bahagian hutang:

24+24 = 45+3
48 = 48


Logik bang...? Balance
Hutang tetap hutang tahuuuuu...
Yang tambah 3hinggit kat sebelah duit pemiutang tu apekes?


P/S: when life is easy, dun make it complicated...

Wednesday 11 January 2012

Teman lelaki dan rakan didakwa bunuh Rozana

Boifren, jangan bunuh aku..




Aku yang pengasihan...
Aku memang tak boleh tengok orang susah...
Aku pasti sedayanya mahu menghulurkan bantuan..
Aku ade rm10..
Aku bagi org itu RM10 yg aku ada..
Biar aku tak lunch arini...
Itu aku...

Boifren aku marah...
Kalau kita susah ade ke yg nak bantu...?
Kalau emergency perlu bayar ape2 mcmana..?
Aku yg kena marah diam...
Terus diam..
Diam bermakna perasaan aku meluap2...
Prinsip aku, kalau marah diam...

Well said..
Tiap apa yang kita lakukan adalah dari diri kita...
Bukan kerana orang lain...
Kerana hati dan rasa kita...
Boifren, cuba letakkan diri kamu di tempat org yg dibantu...
Apa rasa kamu apabila menerima..?
Apa yang kamu doakan untuk yang memberi..?


Aku tidak minta balasan daripada apa yang aku ikhlaskan..
Dah namanya ikhlas kot...
Susah nak measure..
Tapi yg aku tahu lepas aku memberi aku takkan berkira2..
Takkan nak ingat lg ttg pemberian itu...
Aku kan baik... Kalian sila puji aku .. sikit pun aku cukup gembira...ceh


Boifren, kamu tidak tahu nikmatnya rasa aku...
Andai mampu aku tampakkan di wajah...
Andai mampu aku huraikan dengan kata2...
Pasti kamu mengerti kenapa gerpren kamu ade baiklah juga...
Aku melihat dia yang tidak mampu...
Aku datang padanya...
Dia menghulur tisu..
Aku tolak..
Aku hulurkan nota ringgit yang aku ada..
Wajahnya terpancar satu sinar..
Terukir senyuman di wajah...
Matanya berpinar2 seolah2 digenangi airmata...
Aku yang dulu menitis air mata...
Dek nikmat memberi...
Indah sungguh rasa ini...
Andai kamu tahu....Indahnya....




Duit kan banyak lagi dalam bank tu bang...
(Aku bebel dalam hati jer... aku sayang kot boifren aku tu... Macam Shah Rukh Khan tawww...)

Wednesday 4 January 2012

Penganjuran Perhimpunan Haram Kempen Bebaskan Anwar 901

Tidak selamat sungguh aku nak tinggal di sini...huh!
Bye Kuala Lumpur...
Aku nak mintak transfer ke negeri tumpah darahku...
Kuching yang aman damai...


Aku malaslah nak cerita panjang tentang politik...
Memang tak akan habis..
Blog harus pendek dan comel..
Supaya tidak menjadi kesukaran peminatku mengomen.. heh


Aku lama menghilang...
Boifren aku ade..
Maka dunia maya aku terpaksa ditinggalkan..
Selama dia jauh aku sihat....
Dia balik jer aku demam panaslah..
Batuklah..
Selsemalah...
Bukan manja tahu... Ini bukan manja punya kes...
Ini betul2 punya sakit...
Oh dugaan....
Betul2 dugaan....
Bergeli2 memakai mask?
Sungguh tidak geli sama sekali...


Begitulah Allah duga aku..
Allah nak uji kesabaran aku...
Aku tunggu saat bersama....
Hampir sebulan rindu2...
Emel berjela2 jadi pengganti diri...
Balik2 aku lemah antibodi...
Boifren, kesian kamu...
Lagi kesian kat aku...
Penangan accident hari itu...
Aku trauma...


Entry sekadar menyatakan sebab aku tiada
"Ade aku kesah" kata kamu...
kesahlah.. kesahlahhhh...
KESAH!