Errr ade ke hukum gantung tak mati..?
Separa mati..?
Atau gantung sekadar nak bagi pengajaran bagi dia rasa tercekik kejap..?
Aku rasa aku nak menyampuk sikit cerita si Delarocha..
Tentang racist...
SubhanAllah keadaan sekarang ni amat menakutkan..
Isu KFC.. Berpanjangan di laman sosial semakin mengapi2kan kemarahan puak..
Isu JKMM ucap Thaipusam kepada rakyat yang beragama Budha haritu juga aku nampak diracistkan...
Dan macam2 lagi isu...
Sehingga aku memutuskan..
Untuk berhijrah balik kampung...
Sarawak tanah airku...
KL ni dah macam ape dah aku tengok..
Aku ramai kawan Cina..
Dalam kelas aku masa Ting 4 dan 5 dulu, 2 orang jer Melayu..
The rest 30+ orang Cina..
Kalau Raya memang dorang serbu rumah aku..
Sampai licin lauk rendang ketupat..
Tapi aku suka..
Rumah aku kecik sgt kot dulu.
Yerlah bapak kan polis..
So standard berek polis tu sgt berek lah...
Tapi dorang tak kisah pun datang berbelas2 sampai duduk kat luar..
Yang penting meraikan bersama..
Masa Tahun Baru Cina dorang ajak datang rumah siap fetch aku dari rumah..
Yer sebab dorang tau aku takde kete bagai..
Nak jalan kaki aku takut anjing2 kat kawasan perumahan dorang..
Aku pergi ikut dorang..
Anjing dorang pun turut mengegukkk2 mempelawa aku masuk..
Aku makan bisekut raya dorang..
Minum air berkarbonat..
Ade buah limau..
Aku dapat ang pow..
Dorang tak masak khinzir semua tu..
Sekarang lagilah.. kalau CNY, mostly akan panggil caterer Melayu..
Dan jemput semua datang kat rumah..
Lauknya sama persis macam Raya..
Cuma adalah tambahan beehoon ker..
Yeesang ker...
Dan lauk2 special yang memang caterer juga sediakan..
Bukan nak memburukkan Melayu..
Aku Melayu sejati kot..
Walaupun ade nyonya bercakap bahasa cina dengan aku..
Masih aku bangga cakap..
Aunty aaa saya Melayu..
Masih lagi Aunty tu cakap Cina dengan aku..
Rupanya dia tak faham ckp Melayu..
So body language jadi penyelamat..
Aku pernah sekelas dengan ramai Melayu/ Bumiputera..
Masa aku Tingkatan 3....
Langsung tak ada semangat untuk belajar..
Tahu2 enjoy, cerita ttg boifren gerfren..
Tentang beli barang itu ini..
Last2 aku terpengaruh juga..
Nak belajar? Takde..
Aku dapat no 15 jer di antara 35 student..
Beza sangat masa tingkatan 4 dan 5..
Sekelas Cina..
Seronok belajar masa tu..
Dorang tak tahu aku ajar..
Aku tak faham dorang ajar..
Top 5 student memang territory aku masa itu..
Persaingan yang sihat..
Mereka hormat aku..
Dan aku juga sgt hormat pada mereka..
Sebenarnya itu jer asas perhubungan kaum..
Saling menghormati...
But it seems to be fade away~~~~~
Bila dah penghujung SPM..
Aku join dorang berbincang ttg perancangan selepas SPM...
Aku jadi sedih sebab mereka mostly nak berhijrah..
Sekarang tingal dua tiga jer yg chat ngan aku..
Ada kat kanada, Texas, Taiwan, Korea..
Semuanya lost contact...
Pernah juga aku ade crush kat mamat Cina ni..
Nama si ensem tu Sze Guo L***
ouh emsem beliau..
Tapi aku fikir juga yg dia tu terkatup (kata sopan bagi yg maksud sinonim bunyinya)..
Ceh walhal mase crush tu baru Tingkatan 1 kot ko tuh Tea..huahua
Aku terlanjur awal naik dara..
Errr yer ker reasonnye pasal terkatup aku give up mase tu..?
Takkan 13 tahun aku dah mengerti semua tu..?
Suci kot... Very der suci...
Ahhhh abaikanlah..
Bukan subject matter di sini..
(para ini tak perlu nak komen sangat yer.. Aku kecik lagi mase tu)
Kawan2 Cina aku ni kuat semangat..
Kerana dari kecil diajar tentang hak-hak istimewa Bumiputera yang mereka tak dapat..
Dan mereka tidak mempertikaikannya..
Itu kawan aku laaa.. Mereka baik..
Dan mereka berusaha untuk jadi yg terbaik andai mahu meneruskan pengajian di sini..
kebanyakkan berkerja dalam belajar..
Nak menyimpan duit...
Agar dapat berhijrah ke luar negara lepas tamatnya SPM..
Itulah kawan2 Cina aku di Sarawak...
Rindu pada mereka :'(
Minggu depan kot aku nak geder2 dengan dorang yang ade kat KL..
Last gathering pun 3 tahun lepas kat MidValley..
Dan kini.. Entahlah..
Aku sedih dengan Malaysia...
(menangis2 teresak2 di bucu katil)
Pujuklah aku... pujuklah...