Wednesday 30 November 2011

Penjenayah Larikan Anak Ditinggal Dalam Kereta..

Penjenayah itu melarikan anaknya dan mereka ditinggal dalam kereta..? Kenapa..?
Atau ayah budak itu pergi beli rokok tinggal anaknye dalam kete, penyenayah larikan anak dia itu..?
Atau penyenayah itu sebenarnya nak larikan kerete tetapi terlarikan anak yg sengaja ditinggalkan..?


Dapatkan senaskah Utusan untuk berita selanjutnya....





Pujilah aku..
Hipokrit kata tak suka dipuji...
Hipokrit ke...?
Tak... Memang aku tak suka dipuji...
Aku akan rasa kekok..
Daripada jalanku lurus..
Boleh terus bersilang kerana tiba2 rasa ingin mengekalkan kepujian tadi..


Cantiknya kulit kamuuuuu...
Atau... Saya kalau tengok mata kamuu memang tak tahan.. Menggoda...

Maka hari itu seharian aku akan senyum dan belek2 cermin tengok kulit aku...
Apabila lalu depan orang aku akan kelip2 mata bagai kakak tiri Cinderella itu...
Itu reaksi aku yang sepatutnya andai aku normal..
Tapi aku, pasti akan mengelakkan diri dari jumpa orang..
Dan akan jalan tunduk2..
(bajet aku best... Low profile konon... Entry yg memaksa kamu untuk suka dan minat aku.. Mari minat aku.. Marilah)

Sebenarnya aku akan tertanya2...
Kenapa abang tadi tu puji aku..?
Dia ade nak ape2 ke?
Nak carik line ngorat? Atau nak pinjam ASB aku yang berjuta tu..?
Atau kenapa makcik tadi tu tiba2 ckp mcm tu..?
Aku pakai baju yg sama mcm baju rayanye ker?
Atau aku persis dia mase remaja..? Ahaks remajaaaa laaa sungguh!


Walhal fahamilah...
Mereka itu pasti insan yang baik...
Tidak tahu nak tanya apa..
Tegur yang baik..
Jangan cepat prasangka...
Pujilah walau setakat kaler baju atau lipstik cantik..
Atau abang makin macho...
Kalau pompuan senang jer nak buat dia happy, "ehh makinn slimmm sekarang ni, makan ape..?"
Teh Orang Kampung bangggg....

Betul.. Tidak rugi berkata2 yang baik wahai sahabatku..
Umpama titik bahagia dalam moment seharian seseorang...
Dia akan kenang kamu sebagai insan baik...


Dan aku.. Maafkan kira ada kata2 aku pada kamu...
Yang tidak sesuai..
Tidak menggembirakan kamu...
Sesungguhnya yg buruk itu aku tidak pernah sengaja..
Baiklah, aku dimaafkan...

Friday 25 November 2011

Mrs Secretary Ade Affair Dengan Roshamm Nur?

Lelaki...
Bapa aku lelaki...
Boifren aku juga lelaki...
Aku ade adik lelaki... Lelaki juga...

Aku nak kawan dengan lelaki tapi..
Boifren aku tak kasi...
Sebab aku pun tak kasi boifren kawan dgn pompuan...

Istilah kawan tu walau sekadar mesej "boifren tea, ko gi airpot tak nanti? Tolong belikan aku parfum boleh..?" TAK BOLEH! aku tolong replykan mesej itu..

Atau lelaki yg mesej aku "hai gerfren boifren tea, ko kenal aku lagi tak? Ala kite dulu tadika sama2.. Aku selalu tolong lap ingus ko"..

Boifren sgt cemburu..
Aku takdelah cemburu sgt.. Takdelah.. Takde...
Aku hanya menjaga...


Aku rasa byk kali aku sentuh topik ini..
Bayangkan betapa pentingnya faktor ini dalam hidup aku....


Aku tak kasi kamu kawan, kamu jgn kawan yer boifren..
Dan aku juga tidak kawan dgn lelaki...
Melainkan kamu333 yg tidak betul2 kenal aku...
Macam la boifren aku tu emsemmm sgttt..
Napelah aku risau..
Ensem lagi Del, khai, neo, tuan sahrom, woofer, papa mifz..
Nak kata kaya, aku lagi kaya...
(aku boleh create apa jua fantasi ttg aku...yes!)


Tapi kamu harus tahu ttg lelaki...
Lagi kita tak suruh buat lagi itu nak dibuat...
Nak cuba2..
Tak rugi sikitpun...
Untung sabut timbul..
Sah2 aku yg tenggelam...

Betul yer puan2...
Jaga suami anda...
Jaga boifren anda..
Pesan jgn main cuba2...











Aku kadang ingin juga ada kawan laki mesej atau call aku "tea, jom main congkak"..
Hmmm aku ragui kelelakiannya...




P/s:TAJUK.. Credit untuk entry Mrs Secretary

Sunday 20 November 2011

Friday 18 November 2011

Puting sakit ketika menyusu bayi

Hargailah ibu kita~






Aku suka untuk bercerita tentang diri aku..
Sebab aku takut aku akan memfitnah..
Sebab aku tahu aku..
Kalau aku bercerita tentang kamu.. kamu.. atau kamu...
Aku mungkin tahu kamu..
Dan mungkin juga apa yang aku tahu itu tidak betul..
Jadi untuk mengelakkan aku susah nak trace kamu raya nanti nak minta maaf bagai..
Aku teruskan cerita tetang boifren aku..
Aku boleh mintak maaf sambil minta duit raya nanti...
Sekian mukaddimah...


Tajuk sebenar:  CABARAN

Boifren aku sukakan cabaran..
Pantang dicabar..
Pantang dipertikaikan..
Kalau ada perkara yg dia lakukan dipersoalkan..
Selagi itu dia akan buat...
Selagi itu dia akan usaha...
Jadi untuk memaksa dia berbuat..
Aku kena reverse psiko..
Aku kan bijak..

Betullah cabaran itu sebenarnya menjadikan rasa semakin excited..

Contohlah kamu ade skandal... (kamu =Ali bukan nama sebenar)

Kamu ada isteri yang setia..
Pasti kamu akan rasa best jer saat nak jumpa dengan skandal kamu..
Sebab? kamu rasa susah nak jumpa..
Kamu rasa masa terhad..
Skandal kamu bukan milik kamu..
Lagipun skandal pandai menggoda..
Mcm2 rengek suara sms dibuat untuk menarik rasa...
Fuhhhh mencabar iman sangat2...
Bila jumpa kan terus lah membuat apepun..
Berlebihan...
Haram..

Walhal isteri juga ade bagi sms menggoda..
Isteri ade mms pic x-rated..
Tapi kamu reply "ape mms mcm ni..?? jangan, kalau salah send mcmana???"
Kalau skandal hantar mms begitu.. "Oh i want more honey... plisss.. nak tengok tu.. sian i dapat tengok jer.."
see!!! huh!
Mulalah berusaha carik masa...
Setkan alasan nak balik lewat sikit ker atau overtime ujung minggu...
Tempat sejuk jadi pilihan...
Genting cameron everest...
Kesian isteri...
Kesian kan...
Kesian...











Soalan: siapakah yang bersalah..? adakah Ali, skandalnya atau isteri Ali... atau aku yang tak cerita pun pasal boifren aku..? atau tajuk Utusan pasal puting ini..?





Yang mana punya kamu....?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sama ada raisin atau cherries jer kot..
(kamu = Ali bukan nama sebenar)





(credit to gugel)

Wednesday 16 November 2011

Lesson! Esok kan paper Math.. (yer ker?)

Life aint easy.. Dun purposely make it difficult..


We wud never realised..
Time passed by in second..
And its no turning back...
Present will become memories...
U and I will become us..
Us will produce them...
Them and us will be us again..


Arithmatic logic:

U + I = us

us us us us ushhhhhh ushhhhhhhhh = them (its not easy to get them)



Them + us = us,

Means them = 0?     Not korek.. Not korek..

Them will derive another U and I...

End up will be only 'us'...




Logic? Very logic..


Yours sincerely,

Teacher Tea








Its good to have us rather than being by myself...

Tuesday 15 November 2011

B I A R

Aku sedih..
Satu demi satu menunding pada aku...
Sehingga tidak ternampak segala usaha aku..
Benar fitrah manusia itu sentiasa melihat kelemahan orang lain...
Apabila selama ini bukan tanggungjawabnya...
Aku redha...
Akan kekurangan aku..
Tapi sekurang2nya aku usaha..
Demi insan yang aku sayang...


Allah tidak akan menguji hambaNya..
Luar batas kemampuan...
Sekiranya aku salah..
Tegur itu biar pada cara..
Biar kena pada ketika...
Jangan ketika aku lemah..
Ketika aku sendiri...
Ketika aku sakit...
Aku manusia biasa.. Eh aku tea..
Tea juga ada emosi..


Kamu... Semalam aku disakiti..
Aku diherdik...
Aku dihina...
Itu rasa aku...
Ingatlah.. Mempersoalkan itu mudah...
Tanggungjawab itu yg sukar...
Kamu pernah berkata "maaf aku tidak mampu"
Pernah aku persoalkan..?
Pernahkah?
Aku tahu hidup aku..
Biar aku atur..
Biar...
Biarkan...








Asalkan kamu bahagia....
Berkatalah apapun aku redha...
Aku kan baik hati dan menawan..
Kan?

Monday 14 November 2011

SUSU

Pernah makan roti canai cicah susu?
Homaiiii sgt delices...
Makanlah bersama tea hangat...

Dulu masa kecik2 ingat senang ke nak merasa kfc, pizza, etc?
Sgt susah kot...
Susu manis tu letak dalam secangkir air..
Pecah2kan crackers segi empat tu.. Tak pun yang bujur..
Nama apepun tak tau yg bulat bujur tu..
Tapi bukan roti marie.. Ia mcm crakers juga tak manis..
Letak dalam air susu tu biarkembang sikit then slurppp makan.
Perghhhhh nikmat wa ckp sama lu...

Aku juga suka crakers tu pecah2 terus letak susu manis..
Adun sebati dalam mangkuk...
Hamikk ngadap tv sampai abis sebungkus crakers tu aku tak sedar...
Sebab itu aku dulu gemuk mase kecik2...
Dulu budak2 (merangkap geng aku la) selalu ejek aku gemuk..
Sekarang aku sudah bagai model... Waraskah aku?
Allah kan adil...
Aku sayang Allah..


Budak2 sekarang cekeding kurus tak macam aku dulu...
Sebab aku sgt menghargai makanan..
Aku tak kan membazir makanan aku..
Sampai sekarang pun selagi ade selagi itu aku habiskan...
Silalah ajak aku makan dan kamu sponsor..
Akan aku buktikan kata ini.. (pesanan untuk penaja)
Ini jer sebenarnya tujuan entry aku pd Isnin yg mulia ini..





Susu itu sedap dan nikmat...

Sunday 13 November 2011

Komunikasi

Aku pentingkan komunikasi dlm perhubungan...
Walau terpaksa susah, aku memilih untuk susah..
Daripada hidup senang dengan org yg tidak berkomunikasi...
Body language lagi aku tak boleh...
Aku tanya nak makan... Angguk..
Aku tanya dah mandi... Geleng...
Aku tanya nak sentuh2... Tak angguk tapi terus sentuh...
Nasib baik aku perempuan...
Tidak memerlukan pengerasan utk apa jua aktiviti.. Eh


Suatu waktu hidup aku dah penuh dengan ruang bisu..
Aku sering berbicara dengan dinding..
Ada atau tiada semuanya sama..
Maka aku memilih untuk berlalu...
Kerana Allah tak suka aku merungut..
Sesingkat hidup ini, aku mencari pasangan komunikasi aku..
Sehinggalah aku di sini..





Komunikasi yg aku maksudkan ialah komunikasi lisan...
Bukan bertulis sehingga terpaksa aku bawak A4 paper utk aku deting dengannya..



Aku menulis
: kita nak ke mana ni boifren?

Boifren menulis : tengok movie mau..?

Aku menulis : itu susah boifren.. Nanti kita nak menulis susah.. kat sana tak dapat baca.. Kan gelap..










Dari komunikasi lisan itulah...
Mengorak bunga rasa..
Akan timbullah bahasa tubuh...
Komunikasi tubuh itu sgt best..
Mari kawen...

Saturday 12 November 2011

Sesekali

Hari ini hujan..
Tadi breakfast dengan boifren seumur hidup...
Lepas itu menonton TV..
Sambil fesbuk..
Blogwalking..
Sekarang menanti masa makan..

Mungkin akan ke the Sphere..
Lunch... Then cari Magnum Classic..
Dessert...
Petang tido kot..

Malam tengoklah kalau ade yg ajak deting..
Balik sebelum 10 malam...
Mak pesan camtu tadi..









Ok ke aku update mcm ni?
Macamla ade cikgu semak entry aku......

Monday 7 November 2011

Aku Suka Begini

Ada yang bertanyakan tak suka jadi orang ke...?
Akulah tea...
Terkadang dalam dunia maya inilah kamu boleh jadi apepun..
Model? Menteri? Ketua Kelas? Mak Nyah? Keretapi..?
Peminat kamu akan membayangkan dengan pelbagai persepsi rupa...
Tanpa perlu tahu rupa sebenar kamu...

Aku 40 tahun lagi..
Mungkin ada blog baru..
Puteri Impian...?
PwinCeEss WhiTe..?
Lady Beauty da Gojes...?


Tika itu aku geng dengan anak2 kamu..
Mesti ada yg terpikat dgn aku...
Hanya melalui penulisan aku ..
Yang bajet best juga..


Mungkin akEw keNew uBaH caReW sepERtew mereKeW iteW..
NeScaYew aKew aKan penDEk uMor..
Nak paHam EnTrY sendireW...

Friday 4 November 2011

Hisap... Celup-celup

Credit to the art of beautiful blogger..
 Aku kongsi seni kamu....














Jumaat yang sejuk....
Seni yang membuatkan aku rasa hangat...
Amat indah bersama cracker krop krop...

Thursday 3 November 2011

D I A M

Semalam wordless..
Maka aku tidak mengepos..
Sebenarnya aku tertanya2 tentang wordless..
Aku apabila rasa teruja, terkejut atau kecewa..
Aku selalu begitu.. wordless.. speechless...
Sebenarnya elok begitu..
Well aku memang elok.. terbaik dari ladang..


Pesan aku hari ini..
Andai kamu marah..
Andai kamu kecewa..
Kamu sedih..
Dan segala rasa ini adalah maksimum...
Berdiam dahulu sehinggalah rasa itu reda sedikit..
Kurang maksimum..
Iaitu setelah kamu pekena secangkir teh sejuk tambah lemon..
Aku paling suka percampuran lemon dengan SEASON..
Tapi aku tidak season.. tidaklah.. tidak season...


Selepas minum dan perasaan segar sedikit..
Kamu berfikirlah secara rasional..
Akan punca segala rasa negatif itu...
Cari apa hikmah di sebaliknya..
Kemudian barulah kamu berbicara..
Pada mereka yang sepatutnya...
Kerana kalau kamu berbincang ketika marah..
Akan terkeluarlah kata2..
Yang akan kamu sesali kemudian...


Ingat pesan aku...
Tingkatkan kesabaran..
Manusia susah untuk melupakan..
Manusia hanya akan ingat yang tidak elok...
Apatah lagi andai kita pernah berkata2 yang menyakitkan hati mereka..




















Seelok2nya kamu mengaji ketika marah...
Tapi kalau ade yang mau join Datin Seri pun boleh...


Malam ini Malam Jumaat~

Tuesday 1 November 2011

Kena Jawab Ke?

Aku memikirkan untuk tidak mengendahkan..
Tapi aku baik hati..
Aku menghargai..
Setakat yang aku termampu...
Cik Muda Sae, gembiralah kerana kamu punya pembaca yg best..
Akulah pembaca itu..

SEBELAS BENDA TENTANG 'TEA'
  • Aku sedap..
  • Aku boleh bergaul dengan ramai seperti susu, limau, gula, serai.. mesreeee~
  • Aku hangat best, cool pun best..
  • Kalau aku orang kampung aku boleh membuatkan suami kamu gembira.. (eh kamu ! aku secangkir tea tahu...)
  • Kalau aku hijau, aku membakar lemak, mencegah penyakit jantung, menurunkan tekanan darah, dan melindungi diri dari diabetes dan hepatitis.
  • Kalau aku bunga kekwa, aku menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari, menyejukkan badan, sesuai diamalkan untuk mengubati demam dan meredakan masalah pening-pening.
  • Kalau aku  cina, aku menghilangkan sembelit..
  • Aku sangat tidak geng kopi..
  • Aku popular tanpa perlu menggoda2 seperti kopi..(kopi jantanlah, kopi jandalah) Aku pula contoh paling low profile la.. Orang Kampung Tea.. kannnnnn?
  • Tapi aku hormati kopi, dia juga ramai peminat (ini terpaksa sbb aku khuatir nanti dia saman aku memburukkan dia)..
  • Daripada kamu suka kopi, baik kamu suka aku.. (ini tentang aku ke?)


SEBELAS SOALAN DARI CIK MUDA SAE ...

SPM KO DULU DAPAT BERAPA? 
Aku secangkir tea.. tak perlu proses itu..

TIME FORM 4 DULU KENAPA KO PILIH KELAS KO TU? SEBAB ADA MAMAT YANG KO MINAT EA?
Aku terkecuali dari ini.. aku tea       

KO INGAT TAK CIKGU YANG PALING CENGENG KAT SEKOLAH KO DULU?
Aku tak mengerti.. aku tea.. tea.. teaaaaaaaaaaaaaaa

CAMPING TIME SEKOLAH DULU KO JOIN TAK? EHH, KO KELAB APA DULU??
Orang camping ade juga bawa aku.. Kelab? Aku boleh jadi tawar jawab soalan2 ni..

KO ADA TAK TOP 5 CHART ABANG/AKAK SENIOR YANG KO MINAT? 
Biasanya mereka yang minat aku

APA YANG BUAT KO SEMANGAT NAK PEGI SEKOLAH DULU? KE MEMANG TAKDE HATI NAK PEGI SEKOLAH?
Aku ikut sape2 nak bawa aku gi sekolah.. best tumpang belajar.. aku bijak juga

KO SUKA SABJEK SEJARAH? APESAL?
Sape kate aku suka sabjek Sejarah.. aku suka sabjek Biologi part persenyawaan fotosintesis sebab berkaitan dengan aku..

KO PERNAH KENE LARI KELILING PADANG TAK? PENAT DOL..
lepas mereka lari, mereka akan cari aku.. mereka haus.. keliling padang kott.. Satu lagi, bukan Dol sajer yang penat.. semua pun penat..

KO PERNAH DAPAT SURAT CINTA?
Aku selalu ada dalam surat cinta... "Dirimu umpama teh panas yang menghangatkan jiwaku"

SEKARANG KO RINDU TAK KAT SEKOLAH KO?
Aku rase nak saman orang bagi aku soklan ni. aku tea.. tea..

KENAPE KO FOLLOW AKU YE?? 
Follow? aku sebenarnya tak klik follow melainkan terklik atau diarahkan sebab aku tak bukak pun dashboard tu.. tapi aku main letak link korang kat bloglist supaya aku boleh tengok hari2..  Kamu perlu gembira..

Soalan dari aku..

1.  Kamu dah kawen?
2.  Kalau boifren/gerfren ajak kawen nikah cukup syarat jer tanpa hantaran atau majlis grand2 kamu mahu?
3.  Kamu ade suka suami/isteri/gf/bf orang?
4.  Kenapa kamu suka mereka?
5.  Kalau suami/isteri/bf/gf orang suka kamu, kamu suka?
5.  Kalau suami/isteri/boifren/gerfren kamu suka orang lain, apa yg kamu harus lakukan..?
6.  Kalau kamu pernah bercerai atau putus cinta, apakah puncanya?
7.  Kamu pernah menyesal jatuh cinta?
8.  Pernah menyesal melayan pompuan/lelaki lain?
9.  Pernah menyesal lepas kehilangan?
10.  Pernah menyesal kena jawab semua ini?
11.  Jika kamu menyesal, minumlah tea.. Mahu?


ok habis~


Aku tidak akan memaksa kamu melayan ini kerana aku baik hati..
Tidak mahu susahkan kamu pembacaku..
Tapi aku harap ada yang sudi melayan aku ..
Sampai bila2..
Kerana aku tak pernah menyesal ada kamu..