Monday 31 October 2011

P I S A N G...hmmmmmm

Adakalanya bersendirian itu perlu..
Merindu masa lalu yang tidak mungkin akan kembali...
Aku sedang menyendiri..
Namun, demi CTK dan WS yang ingat aku..
Aku gagahi posting..

Pesan aku buat kamu semua sahabatku..
Andai dia milik kamu, hargailah saat ia milikmu..
Ini yang jarang berlaku..
Mungkinkah cop mohor "aku & dia", maka ia tak perlu dirisaukan lagi?
Kerana terbiasa sehingga menjadi malar?
Kerana bla bla bla.. (bila aku ingin menyendiri tak boleh taip panjang2)
Dan mulalah mencari yang bukan hak milik...


Ingatlah syaitan selalu menghasut..
Yang HARAM itu sedap, bahagia, gembira..
Macam harammmmmmmm si Syaitannnnn!
Eh bukan macam... Memang HARAM..


"Ko curang Yam! ko curanggggggg!"


















Tajuk hanya sekadar promosi..

Friday 28 October 2011

QADA DAN QADAR

Entah kamu rasa atau tidak..
Akan apa yang aku rasa apabila membaca luahan orang yang marah..

"percaya kepada KARMA, what goes around comes around"

Aku rasa macam sudah terlalu sinonim dengan masyarakat..
Aku masyarakat..
Tetapi aku cuba untuk tidak lupa..
Aku Muslimah.. solehah (Amin..) jelitawan dermawan kemanisan (Tea,sila waras)

Kamu ingat Allah..
Kamu ingat Rukun Iman?
Yang ke 6 itu apakah...?
Percaya Kepada Qada' Dan Qadar...
Itu yang harus kamu percaya...
Mungkin ada di antara kamu yang membidas..
"Yang penting nawaitu"
Tidak sekalipun kamu bermaksud menyengutukan Allah..
Syukur akan rasa itu...
Tapi tahukah kamu bahawasanya setiap kali kamu menyuarakan ttg hukum karma..
Kamu berdakwah mengenainya..
Menyampaikan..
Kepada adik2 yang mungkin membaca nukilan kamu..
Dan satu lagi kamu sayangku.. Kata2 itu doa...
Berkata2lah yang baik dan yang memberikan impak baik pada diri kamu...
Kalau kamu meluahkan di mana2 jua ketika marah..
Believe in Qada and Qadar... sampaikanlah..


Sahabat..
Aku merasakan perlu menegur..
Biar kamu melaknat aku..
Biar kamu tamo geng aku..
Tapi aku tegur kerna aku sayang kamu..
Aku sayang kamu...
Kerna kita sebagai khalifah di muka bumi ini..
Harus menegur sesama Islam..
Tapi fitrah.. andai aku menasihati untuk kamu insaf pun kamu boleh melenting marah...
Aku selalu nasihati aku..
"Insaflah Tea.. kalau tidak, kamu mungkin akan bertukar menjadi KOPI.. Kamu mahu Tea?""
Aku tak mahu... aku tak mahu kopi.. tidakkkk...




Maaf aku bicara sama kamu yang sekepercayaan denganku..
Yang percaya pada Allah..


Untuk kamu yang beragama Budha dan Hindu kamu memang percaya akan ini...
Dan aku hormati kerana ia adalah kepercayaan yang menjaga hidup kamu..

gugel image KARMA.. dan
gugel image Qada dan Qadar..

berbeza....









Sekian Kuliah Jumaat,
Ustazah Tea

Wednesday 26 October 2011

Aib

Fitrah manusia...
Suka mengaibkan..

Kamu tidak kenal aku..
Tapi aku kenal aku..
Rasa malu itu memang masih menebal pd diri aku...

Prinsip aku,
Andai aku sedih kamu buat aku begitu..
Yakinilah, aku tidak akan berbuat begitu pada kamu... Atau org lain..
Kerana aku tau perit rasanya..

Aku pernah bertanya pada boifren..
"boifren, bagaimana kamu boleh tahu perempuan itu benar2 perempuan?"
Boifren menjawab yakin.. "kamu lihat pada lehernya.. Ada skrotum.."


Yes of coz aku kaget... Pelik juga ya..
Namun atas rasa menghormati dan ingin menjaga hatinya..
Aku berpura bijak seraya menunjuk ke lehernya..
"Boifren .. Kamu punya skrotum besar sekali.."
Dia memegang HALKUMnya dan menjawab tanpa rasa bersalah..
"Memang agak besar"


Ohh boifren.. Kamu memang tidak tahu...??
Aku khuatir.. Tanpa sedar aku mengaibkannya...
Tapi aku mahu dia tahu...
Istilah itu berbeza...
Jauh sekali bezanya..
Ingin aku insert pic di sini...
Tapi harus yang manakah aku tunjuk..?
Skrotum atau halkum..?
Demi menghormati hari yg mulia ini...
Aku tidak akan menggeletek minda..
Dengan gambaran yg belum sahih sumbernya..












Hakikatnya...
Aku tetap sayang dia yg ada sesuatu untukku..
Sampai bila2...

Tuesday 25 October 2011

Aku Bakal Popular

Bukan sengaja untuk menafikan rasa...
Bukan sengaja untuk tidak mengendahkan segala...
Aku harus sedar akan nyata kehidupan..
Aku bukan dewi, bukan ratu, bukan puteri...
Aku hanya aku yang begini..
Secangkir teh merah...
Yang hanya ingin ada di hati kamu...

Aku terkejut ketika melawat kamu2 yang juga menaip seperti aku..
Ada Red Tea tertera di post sahabatku Woofer Storm..
Mula2 aku seakan terkejut..
Tapi hati suka..
Bangga..
Ketika ini aku tengah touch-up mekap..
Secantiknya aku..
Kemudian kembali mengadap lappy..
Moga kamu dapat membayangkan secangkir teh ini dimekap...
Terima kasih sahabat.. Kamu bakal menjadikan aku popular..
Aku akan ingat kamu saat aku popular nanti..
Mungkin kita boleh bersaing sama2 dari segi kepopularan..
Dan mungkin aku perlu ada tagline..
"Tea Menyegarkan.. Hmmm"
atau
"Tea mu Tea ku jua"
atau mungkin
"Tea only, No Coffee please"


Merapu itu perlu...
Di pagi yang suram..
Benar.. pagi  ini amat suram..

Sedangkan esok Deepavali..
Aku perlu gembira..
Tolong aku..
Tolong gembirakan aku..
baby, kamu menangis boleh buat aku terharu.. tapi masih bukan gembira.. aku mahu gembira..

Sunday 23 October 2011

L E S B O

Apa maksud pun aku tak tau..
Cuma aku terfikirkan akan sesuatu..
Yang selalu memikirkan tentang sesuatu juga makin sunyi..
Ahh bukan dia pernah terfikir tentang aku..
Dan aku putuskan untuk berfikir tentang sesuatu persis dia..

Aku selalu berpesan pada kekasihku..
"Boifren, kamu jgn nak ade kawan pompuan..
Takde istilah kawan bagi lelaki dan pompuan tauu!"
(serius aku tidak berbicara begini di alam nyata..
aku sopan, aku lembut, aku bicara bagai merak (sungguh aku tak tahu bagaimana merak bicara.. Tapi aku anggap agak menawan dan cantik bagai rupanya), dan aku juga suka dibelai)..
Aku harus menceritakan yang indah2 ttg diri aku supaya kamu boleh membayangkan dan kamu akan suka aku.. Boleh?
Aku tegaskan padanya.. Kalau kamu punya kawan perempuan..
Dan kawan itu sgt suka mendengar kamu..
Sangat suka membaca kamu..
Sangat suka melihat kamu..
Maka secara tidak langsung aku ada persaingan..
Kamu pembaca, jgn nak berkata "persaingan itu bagus.. Sihat"
Yinneeey podaaahh..

Perhubungan itu harus ada sikap menjaga..
mempertahankan..
Aku salahkan diri aku..
Kerana ada ketika aku tewas..
Tapi aku sentiasa berpaut balik pada dahan aku..
Saat sebelah tangan ku cuba menggapai dahan lain yg rapuh..
(kenapa ketika ini aku membayangkan babun nyet nyet? Dushhh! Tukarrrrrr)

Ketika aku terdampar hanyut..
Aku kuat berpaut di papan tersisa di lautan..
Sambil sebelah tanganku melambai2 bagai model pada kapal yang lalu di kejauhan..
(yes! Ini sesuai untuk aku)..
Walhal aku dan papan itu ilek2 hanyut di pesisir pantai cetek yang ada rumah agam indah di situ..
Kapal itu tampak cantik nun di lautan..
Aku ingin berada di situ.. Kata hati aku..
Tapi di sana mungkin aku akan jadi gundik Kapten yg sudah punya Kaptenita..
Apakah wujud phrasa itu? Kaptenita..?
Bukan untuk aku kaji.. Uhhh Sgt rajinkah aku untuk itu...

Benar, jgn tersasar..
Aku terfikir..
Untuk berkawan dengan perempuan sahaja...
Ohh sgt sesuai dengan tajuk aku..
Sangat sesuai..
Wahai kawanku yg perempuan, usah takut..
Aku masih di jalan yang benar!


Moga aku tidak lupa.. Aku wanita tulen.. Tulen bang~