Friday, 30 November 2012

Terluka Atau Mungkin Dilukai





(Lagu Ini Adalah Best)
Suratan menentukan insaniiiiiiiii....



Begitulah kan kita manusia...
eh bukan.. kamu manusia..
Aku hanya teh yang menghuraikan cerita kamu..

Kala kamu sedar tentang suatu kebenaran..
Menjadikan kamu benar2 terluka..
Apa agaknya tindakbalas kamu pada kelukaan itu....?
Zaman sekarang terus post lagu kat fb atau blog.. err bukan aku
Atau upload gambar mata yang ada air menitis2..
Gambar hati retak darah mencurah2 dari hati itu...
Laman sosial dominan tempat meluah rasa..
Terkadang ada peminat rahsia akan cuba masuk daun..
heheh.. Masuklah bang..


Berhati2lah kamu..
Andai dari mulut singa, janganlah masuk mulut harimau..
Kerana khuatir Harimau Malaya  akan kalah..
Sampai sanggup berbogel kat Pavi andai menang.. nah amik ko dik..
Kalau nak bertaruh pun, biar yang praktikal tahuuu..
hmm ini bukan cerita dia yag berbogel..
Cerita kamu yang terluka.. atau dilukai...

Bezakah terluka dan dilukai..?
Terluka: tak sengaja.. mungkin melakukan sesuatu tanpa sedar menyebabkan kamu terluka..
Dilukai: very der sengaja.. kau bunuh hatiku!




Thursday, 29 November 2012

Cerita Hantu

Malam ini Malam Jumaat
Sinonim denga cerita hantu dan rasa sedap...
Pasti kamu suka...
Nak tahu sangat2 kalau orang pengalaman dikacau hantu..
Ditegur..
Dirasuk..

Bak kalau lelaki mengusha aku itu best lah kan..
Boleh feeling2 sampai malam..
Kalau hantu? eeiiiirrrrrr

Kenapa kalau pontianak jer dibayangkan perempuan berambut panjang sampai kaki..?
Pakai baju putih...
Itu satu yang aku tak dapat nak carik sync daripada mereka meninggal tu..
Katanya perempuan yang mati bersalin..
Tetapi lepas mati masih ada pertumbuhan sel2 rerambut ke..?
Mana mereka dapat baju mcm jubah panjang tu..
Ke alter daripada kain kapan.. uish!
Benar2 aku fikir..
err perlu ker aku fikir..?
(aku tak perlu penerangan 'live' daripada kalian wahai makhluk2 Allah... wuwuwu aku tinggal sorang kotttt)

Kalau pocong yes aku percaya sebab memang masa orang mati kan diikat begitu..
Kalau toyol juga aku percaya kerana mereka gunakan budak atau bayi dan dipuja..


Alkisah.... dulu masa aku remaja..
eh sekarang kot..
aku masih nak rasa remaja ..
Ok tukarlah.. dalam minggu lepas mcm tu lah kot cerita ni..
So petang tu dalam jam 5 aku lepas solat..
Bertelekung..
Then adik lelaki aku tidur kat ruang tamu..
Aku kejutkan dia dengan telekung2 tu sekali masih terpakai..
Tapi aku cuma berdiri je kat ujung kaki dia..
Sebab trend aku..
Kalau kejutkan org bangun tidur..
Gerakkan ibu jari kaki kanan..
Untuk elakkan dia terkejut..
Kan tidur tu separa mati..
Aku tamolah adik aku terus mati..
Aku sangat sayang kot adik aku..


Ok aku dengan selambanya berdiri kat hujung kaki dia..
Dan gerakkan ibu jari kaki dia..
Memang terbangun..
(cuba ikut cara mcm ni  kalau tak bangun juga, guna playar kepitkan ibu jari tu)
tapi kali ni dia terbangun dengan menjerit...
"Arrrrrggghhhh hantu!" pucat muka dia

ceh~ terkejut aku..
"Aku lepas solat kot bang.. aku beriman"
Aku panggil dia abang walaupun dia adik..
Biasalah aku kan.. selamanya nak rasa muda..



"Kaler muka tuuu lebih kurang jer dengan telekung.. huh!!"
dia bebel terus bangun gi wuduk solat..
Dandan muka aku disalahkan...
Nextime aku solat pakai lipstik..




eh, maner cerita hantunya TEA..?

Burukkah Penyapu Itu...?


Penyapu Burukku..
Berteman debu..
Yang sering bertamu...
Di pelosok penjuru...

Kamu Penyapu Burukku..
Aku sering perhati kamu..
Menari tanpa lelah..
segenap ruang jadi indah
Buruk itu hanya istilah..
Nyata kamu lebih dari yang fitrah..

Penyapu Burukku...
Aku tahu dalam diammu..
Kamu berkerja keras tanpa jemu..
Rutinmu menyapu-nyapu..
Menghalau cicak dan lipas..
Memukul perompak yg rilek2 aje mengambil teh di rumah.. ( tetappp enterprem)


Dan aku juga tahu kerja sulitmu..
Membawa Nenek Kebayan melancong terbang ke sana ke mari...
Dan sebenarnya ... Aku cemburu padamu..
Begitu sumbanganmu waima buruk namamu..
Benar.. aku cemburu...

Apakah mungkin ada... Teh Buruk?tetttt.. takde~~



Watak Utama : Si Penyapu Buruk... Jom, pekena Teh..

Wednesday, 28 November 2012

Apa Alasannya?

Tadaaaaa.. Tea datang lagi..
Hampir setengah tahun aku cuti blog..
Entah kenapa..
Mungkin sesuatu perlakuan itu tidak perlu ada alasannya..

Eh tak mungkin.. Setiap apa yg kita lakukan itu pasti ada sebab..
Makan sebab lapar atau teringin nak rasa..
Minum pun sama, mak haus nyahh..
Tidur sebab mengantuk atau ter'ingin' tidur... hmmm part ini aku suka
(Minumlah tea, kamu takkan mengantuk.. Jangan minum KOPI)


Waima yg tidak waras pun melakukan sesuatu ada sebabnya sendiri..
Percayalah.. aku masih waras..
Kenapa aku sekian lama tidak berblogging?
Alam nyata aku singkat waktu....
Aku tidak sempat berangan sebagai teh untuk berkongsi cerita dengan kalian..
Well, whu kerss...

Aku ingat lagi si Senget, Cik Muda entah2 dah jadi Puan Muda, Telor Power pasti dah menetas..
Dan semua2 yang menjenguk laman sunyi ini..
Terima kasih..


Mungkin tika ini aku sunyi..
Dan perlukan semula platform ini..
Kesunyian yang memberikan sedikit ruang di hati..
Untuk kamu.. kamu dan kamu.. yang merindui aku..
Ceh, melihat di cermin kaca seketika aku terperasan wajahku yang sebenar bagaikan Emma Maembong..
eh, akukan Teh...  Teh juga ada keinginan menjadi yang lain..



Entry Sebenar:

Tipu andai aku kata aku tak pernah menipu..
Tapi aku marah andai aku tahu aku ditipu...
Teh Tertipu bang.. Teh Tertipu!

Tipu untuk menjaga hati insan yang kita sayang?
Atau berkata benar untuk berlaku jujur padanya..?

Apakah yang anda pilih wahai teman...?


Tika ini aku celaru.... celaru.... buntu...



Hidup Tidak Selamanya Indah



Namun mati itu pasti!




Lama menyepi..
Aku ambil masa..
Untuk diri aku..

Sesingkatnya Ramadhan..
Seheningnya Syawal..
Seindah korban..
Sepintas Muharam...
Aku titipkan amalanku tanpa gangguan..


Pasti ada di antara kamu seperti aku..
Ada ketikanya perlu ruang waktu..
Untuk mengisi yang lebih perlu..
Seperti aku.. aku.. dan aku...

Maka menyepilah aku secawan teh..
Dari diari teh yang menawah.. ceh
Menawan meh?







Monday, 28 May 2012

Aku Tea?




Aku ni dah nak jadi kopi agaknya..
Entah kenapa macam tak sanggup masuk ke page Tea..
Eh, aku bahasakan diri aku dengan kata nama ketiga..
Wahai aku, waraslah..
Actually aku dah lama tak menulis, maka terlupa trademark penulisan aku...
Sedangkan lidah lagi tergigit kan..? (pandai2lah kamu kaitkan)


Seolah2 terbangun daripada lena yang panjang ...
2 bulan...
Namun amat terharu akan kalian yang bertenggek juga di sini..
Cik Muda, Yumida, Tn Nasrom..(aku tak letak link sbb mereka low profile..heh)


Sayang-sayangku, aku benar2 mengalami transformasi hidup..
Syukurlah dalam banyak2 faktor kehidupan ku..
Aku memilih untuk mengekalkan Blog Tea..
Demi keamanan sejagat.
Demi kalian tidak berspekulasi.. (Dandan Yumida kate aku kawen..)


Kejap lagi aku pandu lalu rumah kalian...
Lama sungguh tidak ke sana...
Apa khabarkah kalian...?
Moga kalian masih kenal aku..
Dan moga aku kenal diri aku...


Akankah aku bertukar menjadi kopi..?
Yang selama ini menjadi seteru abadi?
Aku nak cari header sesuai...
"Bila BlacKopi Bicara..." -BBB nama glemer
"BlacKopi... Rahsia Malam" -BRM (mcm BR1M.. Nan hado!)
"BlacKopi, Ko Ade?"

But seriously... Jangan mudah berubah..




Morale Of The Entry:

Benci boleh jadi Suka...
Siapa pernah terkawen dengan orang yang dibenci..?
Eh aku tak.. Taklah.. Takkk~~
Ade pulak TERkawen...
Boleh malam pertama..
aku: eh abang, mcmana kita boleh terkawen..?
suami: eh salah ke..? ok tak jadilah.. esok kita undo..

(apehal tunggu esok bang?)



Thursday, 16 February 2012

Kapten Kapal Terbang Meninggal Dunia Dalam Penerbangan

Minggu depan balik Kuching aku nak naik speed boat...





Aku nak tanya kawan2 perempuan...
Pasangan kamu romantik tak..?
Ade tak tiba2 bagi kamu coklat..?
Bagi kamu sejambak bunga..?
Waima sekuntum pun...?

Jujur juga aku nak tanya ...
Ada tak keinginan kamu untuk merasa itu...?
Bagi yg jujur pasti menyatakan ya...
Ada yang cover sikit berkata yang penting dia memimpin hidupku..
Dia mengimamkan solatku...
Dia penyuntik nadi imanku..
Alhamdulillah...
Orang kata ayat bajet2 beriman..
Eh aku memang beriman ape...
Beriman Pada Allah, Nabi, Malaikat, Kitab Hari iamat dan Qada Qadar..
Maaf kiranya di sini aku selalu puji diri... umpamanya;
Aku kan baik..
Aku kan solehah..
Aku kan beriman...
Kata2 itu doa..
Dalam pada aku merapu.. ada juga aku mendoakan diri aku...

Iklan kejap..
Kenapa kalau orang yang status atau komen2 yang berunsurkan Islamik,
Kadang2 kita rasa meluat..?
Sakit hati...?
"eh kamu ingat aku tak tahu agama kerrr??..
Sebelum nak nasihat orang cermin diri dulu.."
Begitulah..Takkan dapat menerima teguran..
Siapa yang salah...?
Ingatlah... syaitan kata yang salah itu betul..
yang haram itu sedap..
yang mungkar itu nikmat..

Berpesan-pesanlah pada kebenaran...
Cuma mungkin infra atau cara berpesan itu membuatkan hati insaniah tersentuh..
Contohnya di laman sosial...
Dah namanya sosial kan..
Ramai yang ada...
Waima seorang dua itu sudah dikira menyampaikan...
Andai terpandang gambar yang tidak sesuai atau mendedahkan..
Tegur biarlah inbox... melalui mesej...
Jangan di ruangan komen...
Aib kawan itu jagalah...
InsyaAllah betul caranya..
Andai teguran itu diterima syukur..
Andai diabaikan juga syukur sekurang2nya kita telahpun menjalankan amanah sebagai khalifah Allah..


hmmm... rasa tak sesuai jer aku nak sambung topik romantik2...
Esok lah..
Malam ni kan Malam Jumaat..


ANDAI PASANGAN AKU PERSIS INI.....  OHHHH



Taa~~