Friday, 7 December 2012

1Malaysia, Benarkah Kita Mampu Wahai Orang Melayu



Ok.. Aku mungkin bertanding PRU akan datang...
Undilah saya! (sebagai calon takkan aku nak ber"aku" kot)
Saya akan pastikan janji saya ditepati.. heh..




Standard lah kan.. janji..
Bak kata orang janji Melayu..
Sedih kan...
Janji Melayu itu dah jadi istilah mahsyur...
Janji yang tidak pernah tepat pada masanya..
Sehingggakan terpaksabuat temujanji seawal 6 pagi untuk memastikan meeting 8 pagi terlaksana..
Itu pun belum tentu jam 8  mula..
Janji Melayu kannnnn...
Anda bangga sebagai Melayu?.
Dandan ramai mengaku Jawa..

Dulu boifren aku Jawa, sekarang India..
1Malaysia, aku memang mampu...
(para ini saja buat kamu tertanya2 tentang aku)

Berbalik kepada isu...
Kalau berniaga pun, istilahnya..
Biasalah orang Melayu, menjatuhkan sesama sendiri...
Kalau merempit.. Melayu lah tu..
Budak-budak dadah, hisap gam sana sini..
Pun Melayu...
Banyak benda lain ko boleh  hisap bang...


Dan aku...
Aku tetap Melayu...
Percayalah.. aku Melayu... ;p


Thursday, 6 December 2012

Bye Bye Kamu!



Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur sangat-sangat..
Hari yang riang..
Hati tenang..
Yer lah kan...
Esok kan Jumaat...
Oh boifren, baliklah...


Jom cerita tentang cerita lalu..
Aku terpanggil..
Meluah rasa dari hati seorang wanita sejati..
Mak tulen nyah..
Benar.. aku tulen..
Terbaik dari ladang...

Sebagai wanita kamu patut ada rasa malu..
Sebagai wanita kamu patut ada rasa harga diri..
Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kamu..
Untuk hidup kamu..
Kerana itu akan menjadi "nama" kamu sampai bila-bila..

Jangan sesekali kamu menyalahkan orang lain..
Atas kehancuran hidup kamu..
Kerana kamu punya akal dan  perasaan..
Tapi silapnya kamu memilih bertindak atas perasaan..
Bukan waras fikiran..
Maka hancurlah kamu..
Dek kata-kata kamu sendiri..
Yang bermotif menghina, menghancurkan dan mengancam orang lain..
Yang nyata tiada kaitan langsung dengan kamu..

Berimankah kamu..?
Andai mendoakan musibah pada orang lain..
Atas kemusnahan hidup kamu..
Sedarkah kamu wahai manusia..
Hidup kamu musnah kerana diri kamu...
Kerana kamu yang tidak menjaga diri kamu..
Kerana kamu tidak menjaga iman kamu...
Dek kecewa kamu itu...
Sehingga sanggup berusaha menghancurkan hidup orang lain..
Menjadikan aku hilang rasa hormat..
Pada kamu...

Dan terima kasih...
Kerana usahamu itu..
Menjadikan aku semakin menikmati rasa bahagia...
Bahagia dimiliki...
Bahagia dihargai..

Dan hari ini... sungguh tenang...
Pergilah kamu.. dengan angkuhmu...
Dengan hatimu yang penuh hasad..
Dengan ragamu yang membulat... HAHAHA ( gelak ala2 Si Senget.. aku cipta gelak kamu Nget)
Sudah cukup sudah.. Pergilah..
Taaaaaa~~~




Wednesday, 5 December 2012

Durian Ditebuk Berkali-kali.. Salah Tupaikah?



Buah sudah ditebuk tupai... Pepatahnya..



Wahhhh Bang Tupai! Hebat ko bang... buah durian kotttt....

Salah siapakah?

Salah buah?
Salah tupai?
Salah pokok?
atau salah ibu bapa tupai..?
Dan buah, jangan menuding pada si tupai..
Kerana itu adalah fitrah tupai..
Tebuklah.. tebuklah..
Tupai tidak rugi apapun...



Yang pastinya teh tidak bersalah dalam ini filem...
Waima teh ini teh matang...
Well, Season Tea sedap juga bang..
Teh yang bukan terus dari ladang...
Tetapi teh tidak pernah ditebuk tupai..
Teh ini dinikmati pada masa yang sesuai..



Apa ko merepek ni Tea!

Tuesday, 4 December 2012

Malam Lusa...


Semalam aku memaafkan..
Hari ini ada tawaran bercuti..
Sehabis tugasnya nanti..
Januari mungkin...

Well... cuti di Bulan Disember..
Aku rasa bagilah peluang pada mereka yang ada anak2 sekolah, bercuti..
Kita ambiklah di bulan-bulan yang unik..
Januari..

Since aku diberi pilihan...
Dan akupun bukannya memilih sangat pun..
Di mana jua jadi indah..
Asalkan ada aku dan ada kamu..

What if....



Phi Phi Island, would u like to have a cup of tea?

Monday, 3 December 2012

I'm Sorry, Goodbye!




People say easy to forgiv but hard to forget..
Thats life..

Maka aku memilih untuk memaafkan..
Tanpa perlu fikir tentang melupakan..
Sudah ketentuan hidup aku begini, aku redha..

Malah memaafkan itu membuahkan rasa dihargai...
Rasa disayangi..
Rasa ditatang..
Rasa best! Ko Hade..?

Mungkin benar aku mudah memaafkan..
Waima sebesar mana sekalipun salahnya..
Tetap... Aku maafkan kamu sayangku..
Entah, mungkin sebab inilah hidup aku agak thrill..
Laluan penuh onak duri..
Pelbagai tohmah dan caci..
Namun ia menjadikan aku seperti AKU..

Apa yang ada pada aku? tanya aku pada si aku...
Nyatanya.. Aku tersenyum lebar..
Menyedari apa adanya aku...
Mari kalian, senyum bersama aku :D



Untuk teh yang terpilih, wangi dan nikmat itu bukan mudah sahabatku..
Dari baka yang betul
Pucuk yang segar
Bukan terus menjadi aku... Tidak wahai teman..
Aku perlu digauli dalam kehangatan yang tertinggi.. Herrr
Sehingga rata keringku...
Terhasillah aku the RED TEA..ceh sot jer
Para last ini hanya sekadar penutup pada cerita AKU..

Friday, 30 November 2012

Terluka Atau Mungkin Dilukai





(Lagu Ini Adalah Best)
Suratan menentukan insaniiiiiiiii....



Begitulah kan kita manusia...
eh bukan.. kamu manusia..
Aku hanya teh yang menghuraikan cerita kamu..

Kala kamu sedar tentang suatu kebenaran..
Menjadikan kamu benar2 terluka..
Apa agaknya tindakbalas kamu pada kelukaan itu....?
Zaman sekarang terus post lagu kat fb atau blog.. err bukan aku
Atau upload gambar mata yang ada air menitis2..
Gambar hati retak darah mencurah2 dari hati itu...
Laman sosial dominan tempat meluah rasa..
Terkadang ada peminat rahsia akan cuba masuk daun..
heheh.. Masuklah bang..


Berhati2lah kamu..
Andai dari mulut singa, janganlah masuk mulut harimau..
Kerana khuatir Harimau Malaya  akan kalah..
Sampai sanggup berbogel kat Pavi andai menang.. nah amik ko dik..
Kalau nak bertaruh pun, biar yang praktikal tahuuu..
hmm ini bukan cerita dia yag berbogel..
Cerita kamu yang terluka.. atau dilukai...

Bezakah terluka dan dilukai..?
Terluka: tak sengaja.. mungkin melakukan sesuatu tanpa sedar menyebabkan kamu terluka..
Dilukai: very der sengaja.. kau bunuh hatiku!




Thursday, 29 November 2012

Cerita Hantu

Malam ini Malam Jumaat
Sinonim denga cerita hantu dan rasa sedap...
Pasti kamu suka...
Nak tahu sangat2 kalau orang pengalaman dikacau hantu..
Ditegur..
Dirasuk..

Bak kalau lelaki mengusha aku itu best lah kan..
Boleh feeling2 sampai malam..
Kalau hantu? eeiiiirrrrrr

Kenapa kalau pontianak jer dibayangkan perempuan berambut panjang sampai kaki..?
Pakai baju putih...
Itu satu yang aku tak dapat nak carik sync daripada mereka meninggal tu..
Katanya perempuan yang mati bersalin..
Tetapi lepas mati masih ada pertumbuhan sel2 rerambut ke..?
Mana mereka dapat baju mcm jubah panjang tu..
Ke alter daripada kain kapan.. uish!
Benar2 aku fikir..
err perlu ker aku fikir..?
(aku tak perlu penerangan 'live' daripada kalian wahai makhluk2 Allah... wuwuwu aku tinggal sorang kotttt)

Kalau pocong yes aku percaya sebab memang masa orang mati kan diikat begitu..
Kalau toyol juga aku percaya kerana mereka gunakan budak atau bayi dan dipuja..


Alkisah.... dulu masa aku remaja..
eh sekarang kot..
aku masih nak rasa remaja ..
Ok tukarlah.. dalam minggu lepas mcm tu lah kot cerita ni..
So petang tu dalam jam 5 aku lepas solat..
Bertelekung..
Then adik lelaki aku tidur kat ruang tamu..
Aku kejutkan dia dengan telekung2 tu sekali masih terpakai..
Tapi aku cuma berdiri je kat ujung kaki dia..
Sebab trend aku..
Kalau kejutkan org bangun tidur..
Gerakkan ibu jari kaki kanan..
Untuk elakkan dia terkejut..
Kan tidur tu separa mati..
Aku tamolah adik aku terus mati..
Aku sangat sayang kot adik aku..


Ok aku dengan selambanya berdiri kat hujung kaki dia..
Dan gerakkan ibu jari kaki dia..
Memang terbangun..
(cuba ikut cara mcm ni  kalau tak bangun juga, guna playar kepitkan ibu jari tu)
tapi kali ni dia terbangun dengan menjerit...
"Arrrrrggghhhh hantu!" pucat muka dia

ceh~ terkejut aku..
"Aku lepas solat kot bang.. aku beriman"
Aku panggil dia abang walaupun dia adik..
Biasalah aku kan.. selamanya nak rasa muda..



"Kaler muka tuuu lebih kurang jer dengan telekung.. huh!!"
dia bebel terus bangun gi wuduk solat..
Dandan muka aku disalahkan...
Nextime aku solat pakai lipstik..




eh, maner cerita hantunya TEA..?